Tuesday 15 May 2012

Pengenalan

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL
SUB TOPIK : TEKNIK KOLAJ

Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
  1. Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang dipelajari.
  2. Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka dalam penghasilan karya secara kreatif.
  3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan alat, bahan dan teknik untuk menghasilkan sesuatu hasil kerja.
  4. Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam semua kegiatan seni visual.

Set Induksi

Mari Menonton video kolaj............

Pengenalan Kolaj

  • Kolaj merupakan satu bentuk hasil seni visual dalam bidang menggambar.
  • Menggabungkan unsur lukisan dan tampalan dari bahan terbuang seperti surat khabar, majalah, tali, kekacang dan rumput kering.
  • Merupakan karya seni yang berunsurkan organik (hidupan dan tumbuh-tumbuhan) atau unsur bukan organik (bahan buatan manusia).
  • Kolaj akan lebih menarik sekiranya murid-murid menghasilkannya dengan menggunting atau mengoyak bahan-bahan kepada saiz yang lebih kecil.
  • Teknik kolaj memerlukan kesabaran dalam mendapatkan hasil yang lebih baik.

Contoh-contoh kolaj

Bahan-bahan membuat kolaj

Pensel, pembaris, gam, gunting,kertas lukisan, kertas warna, majalah terpakai, tisu, kekacang, daun kering dan lain-lain.

Cara-cara membuat kolaj

1. Dengan menggunakan pensel lukis lakaran ikan di atas kertas lukisan.

2. Lukisan yang telah siap, kemudian akan ditampal dengan menggunakan bahan-bahan seperti majalah terpakai, tisu,kekacang, daun kering dan sebagainya.enggunakan pen / pensel lukis di atas kertas lukisan kita lukis sebuah lukisan ikan / permandangan dalam laut. pen / pensel lukis di atas kertas lukisan kita lukis sebuah lukisan ikan / permandangan dalam laut.Menggunakan pen / pensel lukis di atas kertas lukisan kita lukis sebuah lukisan ikan / permandangan dalam laut.
Menggunakan pen / pensel lukis di atas kertas lukisan kita lukis sebuah lukisan ikan / permandangan

BIJAK MENJAWAB

Arahan : Jawab semua soalan yang disediakan.


1. Apakah bahan yang paling sesuai untuk melukis?


2. Adakah kolaj boleh dipelbagaikan?


3. Apakah yang dikatakan dengan kolaj?


4. Apakah bahan-bahan yang boleh digunakan untuk membuat kolaj?


JAWAPAN : 1. pensil  2. Ya  3. Satu kaedah menggambar menggunakan teknik tampalan  4. Kertas warna, tisu, surat khabar, daun kering, kekacang, kain perca dan lain-lain.
 

PENDIDIKAN SENI VISUAL Copyright © 2011 Designed by Ipietoon Blogger Template and web hosting